Jun 19, 2012

PER : TAWARAN TENDER SEBUTHARGA SYARIKAT PENGURUS BANGUNAN SERINABAY APARTMENT UNTUK TEMPOH TIGA BULAN PERCUBAAN BAGI MENGANTIKAN SYARIKAT JIRAN WANGI SDN BHD.



En Mohamad Amin Bin Abdul Kadir
Badan Pengurusan Bersama Serinabay
Pengerusi  2011-2012
Kepada :  Sesiapa yang berminat
PER : TAWARAN TENDER SEBUTHARGA SYARIKAT PENGURUS BANGUNAN SERINABAY APARTMENT UNTUK TEMPOH TIGA BULAN PERCUBAAN BAGI MENGANTIKAN SYARIKAT JIRAN WANGI SDN BHD.
Assallammualaikum dan salam sejahtera ,
Tuan / Puan ,
Merujuk Kepada perkara diatas saya selaku pengerusi badan pengurusan bersama serinabay  2011-2012 ingin MENGUMUMKAN PADA HARI INI 19.06.2012 SATU TENDER SEBUTHARGA TERBUKA bagi memilih sebuah syarikat pengurus bangunan di serinabay apartment bagi mengantikan syarikat JIRAN  WANGI SDN BHD telah dibuka atas pandangan penduduk kepada BPBSB , selepas diadakan satu sesi dialog dan taklimat akaun yang diuruskan oleh mereka pada hari yang sama malam ini .
Syarat syarat Sebutharga tender :
Lantikan : Kontrak dengan 3 Bulan tempoh percubaan
Tempoh : Seminggu Dari Tarikh Diatas ( Tarikh Tutup : 25.06.2012 Isnin 7:30 Malam , Tender akan dibuka pada Mesyuarat JMB 25.06.2012 Isnin 8:30 malam Dan akan disenarai Pendekan Dalam Mesyuarat Ini )
Modal Berbayar : RM50K Hingga RM100K Keatas
Mempunyai Insuran Syarikat : RM500K Hingga RM 1 JUTA Keatas
Pengalaman Menguruskan Bangunan : 10 Tahun keatas
Terbuka : Bagi semua Syarikat Berdaftar Dan Mempunyai segala Lesen Berkaitan Di dalam Malaysia.
  • Sebutharga dan profil syarikat perlulah dimasukkan ke dalam sampul surat tertutup dan diserahkan kepada kaunter pengawal Block B , dan merekodkan maklumat penyerahan dalam buku yang disediakan BPBSB di bilik pengawal ini.Syarikat akan disenarai pendek dan akan dipanggil untuk sesi temuduga pada tarikh 26.06.2012 Selasa 8:30 Pagi.Semua Syarikat yang masuk dan berjaya akan Di umumkan Pada Papan Kenyatan Pada 27.06.2012 Rabu 10.30 Pagi , Syarikat akan bermula beroperasi dan membuat kutipan Pada 01.07.2012 Rabu 9:00 Pagi.
Segala kerjasama pihak Tuan/ Puan , saya dahului dengan ucapan Terima Kasih kerjasama anda amat kami hargai ,
Sekian
En Mohamad Amin Bin Abdul Kadir                                                                                                                              Pengerusi BPBSB 2011-2012 
19.06.2012