May 24, 2010

My Resolutions for coming JMB AGM , Huzaifah Magbool,17-19-8

Joint Management Body of Serina Bay
Pejabat Pengurusan Serina Bay Apartment
17-G-26 Hilir Sungai Pinang
11600 Jelutong
Pulau Pinang

Title : RESOLUTIONS FOR JMB AGM 2010

I as the owner of unit 17-19-8 Serina Bay Apartment would like to propose the below said resolutions to be discussed and voted for during the upcoming annual general meeting of JMB of Serina Bay.
My resolutions are as below:
1.    All the current members of JMB to resign from their current post due to their failure in performing their responsibility as stated in the Act 663. These members should also be prohibited from competing in the coming election.
2.    New committee members should be elected in the meeting. All members standing for the post should be introduced at least by informing their educational background with information of their current job before the voting process is carried out.
3.    New post on top of current existing post should be introduced. The posts are namely deputy president and portfolio allocation for the committee members such as committee member to be in-charge of security, cleanliness and amenities. 
4.    The newly elected committee should hold at least a quarterly meeting with the residents to update issues and matters arising.
5.    A standard procurement policy should be put in place which paves way to form tender committee to evaluate and approve all procurement processes. Competency, Accountability & Transparency should be the basis for the policy formulation.
6.    Robert Bench service as the property manager should be terminated due to their poor performance. New property management company should be hired if it is deemed necessary thru open tender process.
7.    Sub-committee to be formed to organise social activities such as motivational talks, sports activity in view of increasing the mutual understating among the residence.

Sincerely,

7 comments:

Unknown said...

Kepada En. Huzaifah saya cadangkan agar En. Huzaifah sendiri yang akan bertanding dan bergandingan dengan En. Amin untuk menjadi JMB yang baru untuk Serina Bay.(mungkin chairman ataupun vice chairman)kerana saya rasa JMB yang sedia ada dah nak digubal dan digantikan dengan yang baru.
Dengan tanjak dan kritikan yang diberi saya rasa anda berdua adalah gandingan mantap yang layak dan mungkin boleh mengubah Serina Bay menjadi tempat yang perfect dan menjadi impian setiap pembeli rumah.
TAPI janganlahlah hanya pandai membaling batu dan sembunyi tangan atau hanya berani didalam blog-blog sebegini saja itupun selepas ditapis-tapis barulah dapat dilihat.
Cuma bagi saya seburuk-buruk JMB yang sedia ada mereka tak lah sekejam pemaju yang menggunakan duit maintanance untuk membina GYM, Bilik Permainan, Perkakasan Pejabat dibilik management, lukisan petak ditempat kereta dan bonggol jalan yang dibeli dengan jumlah wang yang tak munasabah.Sepatutnya semua kemudahan ini disediakan oleh pemaju selepas dapatnya OC dan bukan nya selepas JMB ditubuhkan.
Saya dengar dari rakan -rakan Serina Bay dimana AJM kan diadakan tak lama lagi jadi bolehlah saudara mempersiapkan diri dari segi rohani dan jasmani untuk mengisi kekosongan JMB yang baru.

Selamat Bertanding ......

serinabayresidencecomplaint said...

Kepada En Abdul Faizul untuk pengetahuan tuan saya telah pun bertanding menawarkan diri saya dahulu untuk JMB tetapi tiada sokongan jadi tahun ini saya tidak akan menawarkan diri saya lagi cuma apa yang saya buat hari ini adalah untuk kebaikan dan keperihatinan bersama , nabi kita pun suruh umatnya tegur menegur jika berlaku kesilapan tetapi secara baik bukannya dengan menjatuhkan maruah orang dengan sindiran yang tidak konstraktif kerana itulah saya kena tapis malahan ada juga email yang memaki maki yang mana saya tidak mahu jadikan blog ini sebagai tempat maki memaki Yang akhirnya menjatuhkan maruah kita sendiri sebagai orang islam .Tentang fakta yang diperkatakan tuan adalah benar jika duit kita di gunakan begitu bagi saya saya tidak mendapat maklumat tentang itu jadi saya tidak berani komen banyak takut takut menjadi fitnah .Diharap Tuan Akan Sentiasa memberikan komen komen yang bernas sebegini untuk penilaian kami semua sebagai penduduk .

Sekian

Terima Kasih

Huzaifah Magbool said...

Mungkin tak ramai yang pernah dengan kata2 ni...kata2 ni famous masa zaman peperangan dulu.."DOnt shoot the messenger". Kita ni especially culture kat malaysia ni tak boleh ditegur...kalau ditegur je kita mudah melatah dan kita akan bgtau...kalau hang pandai sangat hang buat la sendiri...
Pertama, Tujuan saya create blog bukan untuk medan kita kutuk atau kondem sapa2 ataupun nk tunjukkan diri saya ni lebih baik drpd tuan2 yang dok dlm JMB sekarang. Kalau tengok my first posting dlm blog saya-sy minta ideas & views macamana nk jadikan serina bay lebih baik. Ini adlah sebgai input kepada JMB supaya depa tau hasrat dan keperluan kita sebagai penduduk yang mempunyai hak.
Kedua, Kalau kita nk ubah serina bay, memang peranan JMB sangat2 penting namun kalau mengharap JMB sahaja dan kita sebagai penduduk main lepas tangan lepas pun tak jadik jugak.
JMB yang dilantik buka kita bayar gaji atau elaun, its a social contribution, so setiap kita kenalah membantu dimana2 yang kita boleh. Sebab tu sy cadang, drpd kita dok kutuk atau dok complaint saja bg cadangan.
dalam resolusi sy tu kalau tuan2 perasan cuma 2 saja komen negatif, 5 lagi adalah cadangan penambah baikkan terhadap pengurusan JMB. so stop nagging & start thinking...

Unknown said...

Terima kasih diucapkan kepada En. Huzaifah, dimana saya dapat mempelajari ayat B.Inggeris tersebut.
Apa yang nak saya nyatakan disini , adalah tentang concern En. huzaifah mengenai JMB yang sedia ada. Siapakah mereka? Adakah mereka ini saudara mara saya atau En. Huzaifah sendiri?
Bagi saya yang mengenali mereka, antara mereka ini dalah rakan-rakan yang membuat kerja secara sukarela untuk Serina Bay sebelum diberi tauliah sijil pendudukan (OC).
Mereka-mereka inilah yang telah berusaha menghalau internal kontraktor yang cekek darah mengenakan bayaran renovation yang mahal dan tinggi dan meminta wang cagaran atau duit sampah dari pembeli rumah yang ingin membuat renovation menggunakan kontraktor luar (swendiri).
Mereka –mereka ini jugalah yang bersuara lantang meminta pemaju menyiapkan prasarana kemudahan seperti GYM, Sauna, Bilik Mainan dan toilet ditingkat satu yang mana telah terkandung didalam S&P tetapi walaupun telah diberi OC kemudahan –kemudahan tersebut masih lagi belum disediakan oleh pemaju dan setelah bersuara dan meminta selama beberapa bulan barulah dapat disediakan.
Siapakah mereka???...............mereka inilah yang berada didalam JMB sekarang.
Mereka ini adalah manusia yang melakukan kerja-kerja kebajikan dan tidak dibayar gaji, tetapi telah dilantik semasa AGM yang lalu. Jadi kalau nak tukar yang baru tak payahlah kita nak gendangkan, hebohkan atupun canang keseluruh pelusuk Serina Bay ataupun tak payahlah kita nak malukan mereka ini.
Mereka ini hanya manusia biasa, jadi ”Nothing is Perfect”.
Adakah En. Huzaifah berasa sungguh hebat dengan statement pertama dan kedua yang telah disiarkan didalam blog ?? Mungkin En. Huzaifah mempunya kelulusan yang tinggi , tapi ia bukan segala –galanya. Dan dari persepsi En. Huzaifah mereka ini adalah golongan yang menyebabkan segala malapetaka dan perkara buruk berlaku di Serina Bay.
Siapakah yang telah mendesak dan membuat kerja agar 200ft parcel dirumah kita dapat disentuh dan diubah suai sedangkan pihak pemaju menghalang dari diubah suai walaupun OC telah diterima??Selepas apa yang telah mereka lakukan mereka dicemuh, dimaki malahan diludah seenak kata dari penduduk yang hanya pandai berkata –kata tapi tak mahu tampil memberi idea dan bekerja sama.
Apa yang saya harapkan adalah agar kita bersatu dan bekerja sama kerana ia memberi impak yang kan menguntungkan semua pihak dan bukan nya saling jatuh-menjatuhkan satu sama lain.

Sekian, wassalam.

serinabayresidencecomplaint said...

Kepada En Abdul Faizul , Saya sebenarnya Tahu Siapakah Tuan sebenarnya , Tetapi Apa apapun Terimakasih Saya ucapkan Kepada Tuan Dan Kawan Kawan Tuan Yang telah berkhidmat Selama 1 Tahun ini , Tetapi kerajaan yang telah berkhidmat 52 tahun pun ditukar rakyat dan dikretik rakyat inikan pula jmb 1 tahun lamanya , tak payah lah tuan menghighlightkan kebaikan kebaikan yang telah dibuat tuan dan rakan rakan, kami penduduk dan rakyat malaysia sendiri bukanya tak tahu apa yang telah berlaku bagi saya kita orang islam kalau namanya pun khidmat masyarakat tak dapat gaji atau alaun tapi saya rasa kita cuma minta allah tahu sudah lah ..Betul Tak jadi tak payah lah bertikam lidah dalam blog ni taku takut tak habis habis dok bergaduh cakap banyak kerja tak buat ..Komen Disini kalau ada yang membina kita pakai, kalau komen tak berguna buat tak tahu saja lah ...janganlah sensitif dan tidak boleh terima kritikan , macam mana nak jadi pemimpin kalau tak boleh terima kritikan ..saya berharap kita berusaha keluar dari kesilapan yang lalu dan berlajar dari kejayaan yang lalu juga jadikan ikthibar dan pencetus semangat untuk terus bangun dah maju bersama sama penduduk. Bagi en huzaifah saya berharap tuan juga berlajar dari sejarah kerana banyak kesilapan kita dihari ini berpunya dari kesilapan kesilapan dahulu yang maknusia hari ini juga kekadang mengikut jejak langkah orang dulu melakukan kesilapan yang lama Contohnya : Siapakah yang membuka pintu kota Melaka , Siapakah Yang Memfitnah dato hang tuah hingga raja murka ,Siapakah Yang Memberikan Pulau Pinang Kepada Orang English.

Sekian

Semoga Kita Sentiasa Tidak Lupa Siapa kita Sebenarnya

Huzaifah Magbool said...

Salam En Faizul, saya harap tuan tidak mengambil apa yang saya katakan secara personal. Saya ulangi seperti yang saya kata sebelum ni (kalau tuan sempat baca komen saya yang sebelum ni) tidak dinafikan JMB sekarang ada buat contribution, memang siapa nak jadi JMB tambah sakit kepala, bukan dapat gaji/elaun pun. So saya nak ucapkan terima kasih berbanyak kepada tuan-tuan semua.

Resolusi saya yang saya post kat blog tu saya tak hantar pun lagi, cuma saya post untuk dapatkan maklumbalas. Saya dah pun dapat dan saya akan buang 2 perkara pertama tersebut. (Harap saudara Amin editkan post surat saya tersebut)

Kalau apa yang saya postkan menyinggung hati tuan saya mohon maaf. Saya tiada niat untuk bertindak sedemikian.

Semoga Allah swt balas segala jasa dan sumbangan tuan semua dengan sebaik-baik balasan di akhirat nanti.

serinabayresidencecomplaint said...

Kepada En Huzaifah , saya rasa apa yang tuan sarankan adalah hak tuan tidak perlu tuan menarik balik kata kata tuan , bukanya kata kata tuan akan menjamin kedudukan tuan sebagai jmb yang baru , bagi saya salahkah kita meluahkan perasaan kita kerana kita rasa ianya salah hakikatnya , "Berkata Benar lah selalu walaupun ianya pahit" tegur menegur adalah salah satu perkara yang tidak salah malahan hak kita untuk bersuara hari ini adalah satu hak hakiki,Kalau Orang Yang terasa teguran tuan diharap mereka sedar yang apa yang mereka lakukan diperhatikan semua malah bukan sahaja manusia tetapi juga allah s.w.t. juga sentiasa melihat dan tahu siapa yang benar siapa yang salah , bagi saya teruskan saranan dan kritikan yang produktif tuan demi untuk kesedaran semua

sekian

wassallam